Salam sejahtera Salam 1 Malaysia.
Bahang mengundi kian terasa... Lebih-lebih lagi usai proses penamaan calon. Bendera dah dilama dipasang setiap penjuru. Anda? Mengundi tak?
Ok, berbalik pada entry pada hari ini, saya ingin paparkan hasil keje team QME membuat renovations dan pemasangan kabinet untuk sebuah Klinik di Taman Kempas Utama.
Memandangkan klinik ini merupakan sebuah bangunan yang kosong dan belum pernah di renovasi, maka kerja-kerja di mulakan dari A to Z....
Cabaran ketika proses ubahsuai di lakukan ialah klinik ini telah dipecah masuk waktu malam oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan memang tak de tanggungjawab serta pendek akalnya. Banyak juga barang saya hilang tapi saya yakin, rezeki Allah tetap ada untuk saya dan anak buah saya.....
Alhamdulillah, klinik ini berjaya disiapkan mengikut dateline.. Jom scroll ke bawah dan lihat lah hasil kerja team QME..
Dh siap... tema pink sebab Doktor ni seorang wanita. Cantik juga kan color pink! Nampak ceria.
Bermula dari kerja-kerja wiring, pasang cornice, pasang kaca fixed glass, partitions untuk bilik-bilik rawatan termasuk bilik rehat, besarkan pintu bilik air, kerja-kerja perpaipan, saliran air bersih dan kotor, pemasangan sinki, pemasangan mozek, pemasangan kabinet iaitu kaunter pendaftaran, kaunter ubat, rak ubat, kabinet bawah sinki, kabinet utk penyimpanan rekod pesakit, pemasangan pintu, pintu kaca, grill, aircond, lampu downlight, exhause fan, mengecat dan lain-lain....
Sekiranya anda yang tinggal di area Kempas, boleh lah berkunjung di Klinik Dr Anis atau layari FB Klinik Dr Anis
Anda Bberminat untuk mendapatkan khidmat QME?
sila hubungi saya seperti di bawah ini :
Whatsapp : 0197579015
Email : qash.maju@gmail.com
Call/ SMS : 0137423239
Messenger : http://www.facebook.com/qashmaju
Terima kasih
..
0 Komen & Pertanyaan:
Post a Comment