Salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, sebelum bulan puasa, saya dapat projek untuk mengubahsuai premis ini kepada sebuah klinik. Klinik ini dimiliki oleh Dr Syahidah Hani Mahmood terletak di Bandar Seri Alam, Masai ( berhampiran Public Bank dan Anakku )
Atas kepercayaan yang diberi, saya dan team sedaya upaya merealisasikan klinik yang beliau inginkan mengikut gambaran idea yang diberi. Ianya merupakan cabaran untuk saya menyiapkan klinik ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Berikut saya paparkan sedikit hasil kerja yang kami lakukan.
Dr Hani juga meminta saya membuat tempat mainan kanak-kanak. Macam sudut khas untuk kanak-kanak la dan mencadangkan agar saya membuat mini bas seperti di bawah ini.
Tapi maaf la. Bukan saya yang cat bas ini.
Jadi, inilah hasilnya. Sebelum dan sesudah. Dibahagian belakang klinik ada bilik rest untuk doktor, mini pantry, tandas, dan pelbagai lagi yang tidak saya paparkan.
Sekiranya anda diluar sana yang percaya dengan hasil kerjasaya dan team, boleh la menghubungi saya ditalian yang tertera di atas.
Terima Kasih
1 Komen & Pertanyaan:
Salam. Saya nak tanya dkt klinik ada buat dripping atau injection vit c tak?
Post a Comment