| Laman Utama | | Pengenalan | | Kabinet Dapur | | Kabinet TV | | Almari Pakaian | | Renovations | TERIMA KASIH KERANA MELAYARI BLOG RASMI QASH MAJU ENTERPRISE..... KUNJUNGAN ANDA, AMAT KAMI HARGAI.... SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI 013-7423239 / 019-7579015 ATAU EMAIL KEPADA KAMI....Area JB, Skudai, Kulaijaya, Nusajaya, Gelang Patah, Ulu Tiram, Sempadan Kota Tinggi, Pasir Gudang, Masai, Plentong, Permas Jaya dan kawasan yang yang berhampiran.....KEPUASAN ANDA, MATLAMAT KAMI..... TERIMA KASIH......

Thursday, April 21, 2011

DIVIDER RUMAH, PENUTUP TANGGA & KABINET TV DI TAMAN SCIENTEX

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

Saya masih tak boleh nak display hasil kerja saya dan team di Jalan Mangga Taman Kota Masai kerana masih ada kerja-kerja tambahan pemintaan tuan rumah..

Namun, kali ini saya akan memaparkan hasil kerja pertukangan yang baru saja siap pasang pada 20hb April 2011 yang lepas. Client saya kali ini tinggal di Jalan Helang, Taman Scientex, Pasir Gudang.

Client saya meminta saya membuat Kabinet TV, Divider, Penutup Tangga, Para dan Penutup Siling... dan berikut, paparan hasil kerja saya & team.


--BAWAH TANGGA SEBELUM--

--BAWAH TANGGA SELEPAS--

Client nak saya membuat penutup tangga berserta pintu untuk dijadikan stor serta tambahan para di sebelahnya. Inilah hasilnya.

--SILING SEBELUM--

--SILING SELEPAS--

Saya tutup lubang di bahagian siling dan cornice dengan plywood yang saya kemaskan dengan kemasan formeca sama tone color. Nampak tak kelainannya....

--KABINET TV SEBELUM--


--KABINET TV SELEPAS--

Client saya meminta saya membuat paling simple kabinet tv dengan satu tone color sahaja.. Pening juga, sebab client saya tak nak tambahan lampu dan sebagainya... Jadi, timbul idea untuk meletakkan hiasan besi yang saya tampal di atas plywood... inilah hasil kabinet tv tersebut.


--PEMBAHAGI RUANG / DIVIDER SEBELUM--
--PEMBAHAGI RUANG / DIVIDER SELEPAS--

Sebenarnya client saya nak buat tiang-tiang sahaja sebagai pembahagi ruang. Namum agak merugikan sekiranya pembahagi ruang menggunakan tiang-tiang sebagai penyeri rumah. Kos untuk membuatnya adalah mahal, dan tak boleh nak buat simpan barang / meletakkan barang..

Jadi saya cadangkan agar pembahagi ruang di buat begini........

Saya letakkan cermin dan kabinet di bawahnya di samping 4 batang tiang-tiang seperti permintaan client...
 penyekat ruang tamu divider cerminCantik tak? Puas melihat rumah cantik.. berbaloi jika bayar mahal..

p.s : Saya menggunakan sepenuhnya solid plywood untuk kerja-kerja saya..

3 Komen & Pertanyaan:

salwa said...

Untuk design divider mcm tu total harganya berapa?
cadangnya nak buat mcm tu jugak

Unknown said...

kabinet tv biasenyer braper anggaran bajet yek...

http://duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

Fisyza said...

Kabinet TV brapa RM ye...ffizri@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...